Lawatan kerja ke Sabah telah diadakan pada 24 Ogos 2022 oleh Bahagian Pengurusan (Pentadbiran & Kewangan) dan Bahagian Mineral (Eksplorasi / Perlombongan) Permint Granite Sdn. Bhd. Lawatan ini disambut oleh wakil daripada Syarikat Wullersdorf Resources Sdn. Bhd., Sharol Azuan bin Zainuddin untuk melawat kilang memproses emas batuan keras di Bukit Mantri, Tawau, Sabah.
Program ini telah disertai oleh Pengerusi PGSB, Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak bersama Pengurus Besar PGSB, Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Encik Rosdi bin Mohamad dan Bahagian Mineral, Encik Tuan Mohd Azizi bin Tuan Zainal Abidin dan Encik Sulaini bin Shamsudin.
Hasil daripada kajian dan lawatan ke kilang emas di Bukit Mantri, pihak PGSB dapat meninjau dan meneliti dengan lebih dekat dan terperinci berkaitan teknologi terkini yang digunakan oleh Syarikat Wullersdorf Resources Sdn. Bhd.