Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) adalah syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang aktif dalam menjalankan operasi perlombongan batu dimensi granit, pasir silika, batuan silika dan emas di Negeri Terengganu.
PGSB telah diberi hak eksklusif untuk menjalankan kerja carigali, melombong unsur nadir bumi (REE) di Negeri Terengganu.
Hasil pendapatan utama kepada Permint Granite Sdn. Bhd. ialah daripada Projek Perlombongan Pasir Silika di Bukit Senyamok Ru Batil, Rantau Abang, Dungun dan Bukit Kancil, Mukim Merchang, Marang. Tambahan pula, PGSB telah diberi hak eksklusif menjalankan Projek Pemulihan Tanah BRIS di seluruh Negeri Terengganu.
Disamping itu PGSB juga menjalankan konsesi emas yang terletak di kawasan Sungai Tapah, Mukim Hulu Nerus, Daerah Setiu, Terengganu.
Projek yang telah selesai beroperasi adalah dimensi granit di Bukit Chetai, Mukim Tersat, Hulu Terengganu dan Bukit Machang, Mukim Hulu Berang, Hulu Terengganu.
PGSB telah melancarkan operasinya dengan menubuhkan dua (2) syarikat usahasama iaitu Permint Granite HCM Sdn. Bhd. dan Permint Granite CKY Sdn. Bhd.